Waspada Gejala Serangan Jantung

Gejala penyakit jantung merupakan penyakit yang berbahaya dan membawa maut, selain kanser dan angin ahmar. Ini disebabkan jantung sebagai pusat peredaran darah. Jika jantung berhenti mengepam darah, maka seseorang yang menderita penyakit jantung akan meninggal dunia. Begitu juga apabila jantungnya tidak dialiri dengan darah, yang disebabkan adanya gangguan arteri menuju pada jantung, maka sel dan otot jantung akan mengalami kerosakan, sehingga amat berbahaya baginya.

Oleh kerana itu, amat penting mengetahui gejala penyakit jantung untuk melakukan pencegahan dengan segera sebelum sebelum seseorang yang diserang penyakit jantung mengalami sesuatu yang tidak diingini. Lazimnya, jantung yang mempunyai masalah bertahan sehingga 6 jam. Jika selama 6 jam tidak dirawat, maka kemungkinan besar pesakitnya akan meninggal dunia. 

“Lazimnya, jantung yang mempunyai masalah bertahan sehingga 6 jam. Jika selama 6 jam tidak dirawat, maka kemungkinan besar pesakitnya akan meninggal dunia. “

Serangan jantung biasanya dibezakan dengan penyakit jantung. Serangan jantung merujuk pada keadaan seseorang yang secara tiba- tiba jantungnya menjadi bermasalah, yang diakibatkan oleh kurangnya bekalan darah yang mengalir ke otot dan sel yang ada di jantung. Lazimnya, ini disebabkan arteri yang menuju pada jantung menjadi keras dan sempit atau berlaku penggumpalan darah pada arteri yang menuju pada jantung. Serangan jantung juga sering dipanggil penyakit jantung koronari.

Selain penyakit jantung koronari (serangan jantung) tersebut, terdapat juga penyakit jantung semulajadi atau dibawa sejak lahir. Ini berlaku jika jantung mempunyai kelainan, seperti jantung tidak sempurna, kelainan injap jantung dan lemahnya otot jantung. Tetapi, terdapat juga penyakit jantung yang disebabkan oleh bakteria yang mengakibatkan jangkitan pada jantung.

Akan tetapi, pada umumnya yang dimaksudkan dengan penyakit jantung adalah semua perkara yang berkaitan dengan jantung yang tidak dapat melaksanankan fungsinya atau tugasnya dengan baik.

Berikut adalah beberapa gejala penyakit jantung :

  • Sakit Dada. Jika otot tidak mendapat cukup darah (suatu keadaan yang dipanggil iskemia), maka oksigen yang tidak cukup dan hasil metabolisme yang berlebihan menyebabkan cramp atau kejang. Angina merupakan perasaan sesak pada bahagian dada atau perasaan dada seperti diramas, yang muncul apabila otot jantung tidak mendapat darah yang cukup. Jenis dan beratnya sakit atau tidak selesa ini bervariasi pada setiap orang. Beberapa orang yang mengalami kekurangan aliran darah boleh sahaja tidak merasakan sakit sama sekali (suatu keadaan yang dipanggil silent ischemia).

“Sesak nafas merupakan gejala yang biasa ditemui dalam kegagalan jantung. Sesak nafas akibat masuknya cecair ke dalam rongga udara di paru-paru (pulmonari tersekat atau edema pulmonari).”

  • Sesak nafas merupakan gejala yang biasa ditemui dalam kegagalan jantung. Sesak nafas akibat masuknya cecair ke dalam rongga udara di paru-paru (pulmonari tersekat atau edema pulmonari).
  • Keletihan atau kepenatan. Jika jantung tidak mengepam dengan berkesan, maka aliran darah ke otot semasa melakukan aktiviti akan berkurangan, yang mnyebabkan pesakit merasa lemah dan letih. Gejala ini sering kali bersifat ringan. Untuk mengatasinya, pesakit biasanya mengurangkan aktivitiya secara bertahap atau fikir gejala ini sebagai sebahagian daripada proses penuaan.
  • Palpitasi (jantung berdebar-debar).
  • Pening dan pengsan. Penurunan aliran darah kerana denyut atau irama jantung yang abnormal atau kemampuan mengepam yang perlahan boleh menyebabkan pening dan pengsan. 

Gejala penyakit jantung perlu diwaspadai. Penyakit jantung boleh menyerang sesiapa pun tidak kira siapa, baik kanak-kanak, orang muda atau orang tua.

Pemeriksaan awal mengenai kesihatan jantung boleh dijadikan sebagai panduan untuk melakukan pencegahan sejak awal, terutamanya jika sudah terdapat gejala jantung yang tidak normal. Supaya tidak berlakunya serangan jantung yang merupakan kemuncak penyakit jantung.

Akan tetapi, perlu juga disarankan, apabila seseorang mengalami gejala penyakit jantung, dia tidak perlu panik. Panik boleh menyebabkan penyakit jantung bertambah teruk. Lebih baik, segera menenangkan hati dengan berzikir pada-Nya. Cara tersebut boleh membuang rasa panik serta membawa ketenangan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Mohonlah keselamatan dan ‘afiat (kesihatan) pada Allah s.w.t. Sesungguhnya, tiada suatu pemberian-Nya sesudah keyakinan (iman) yang lebih baik daripada kesihatan.” (HR, Ibnu Majah).

Jika anda ada masalah Kolestrol/ Masalah JANTUNG atau masalah berkaitan saluran darah dan ingin mencuba Kapsul Danshen Plus boleh terus hubungi kami dengan segera! Tekan WHATSAPP di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *